
Tadi, aku rasa sangat tidak bersemangat untuk bekerja. Sementelah cuti hujung minggu yang sepatutnya diisi dengan aktiviti santai yang tidak menyesakkan minda diganti dengan aktiviti bekerja yang akhir-akhir ini aku anggap sebagai satu perkara yang sangat tidak best.
Oleh sebab itu aku pun mula menelefon seorang kakakku yang tinggal di kampung. Tidak diangkat. Kemudian aku menelefon kakakku di Shah Alam. Juga tidak diangkat. Kemudian aku telefon ibuku, alhamdulillah…ada suara yang dikenali memberi salam kepadaku. Lalu aku berborak perkara yang santai-santai dengan ibuku. Setakat bertanya khabar, sudah makan atau belum dan sebagainya. Kemudian ibuku bertanya jika aku pulang ke kampung hujung minggu nanti.
Ibuku pun memberitahu bahawa hujung minggu nanti kawan kakak ( yang tinggal di Shah Alam) aku nak datang. Kawan yang ibuku maksudkan dan aku fahami adalah ‘kawan’ atau ‘abang’ atau teman lelaki kakakku. Aku sangat la terkejut dan teruja. Terkejut kerana kalau hal sebegini pasti kakakku akan mewar-warkannya sendiri kepada ku. Tapi, kini aku adalah antara orang terakhir menegetahuinya!
Teruja pula kerana kakakku itu adalah satu-satunya lagi dalam keluargaku belum bertunang/berkahwin. Maknanya, kebimbangan ibu tentang anak daranya belum dipetik orang adalah sangat memihak kepada kakakku. Lagi-lagi ketika majlis pertunanganku dulu, semua orang sibuk bertanya kepada kakakku dan ahli keluarga kami yang lain bila lagi gilirannya. Pertanyaan-pertanyaan orang yang sepatutnya tidak diambil pusing kadang-kadang memeningkan dan menyusahkan hati orang tua dan tuan empunya badan juga.
Suara ibu kedengaran sangat gembira ketika bercerita kepadaku tadi. Katanya, hal tersebut diceritakan oleh kakakku yang tinggal di kampung, kerana kakakku yang di Shah Alam itu bercerita kepadanya (kakakku dikampung). Kenapa tidak kakakku yang di Shah Alam itu ceritakan sendiri kepada ibuku; tidak pula aku fahami.
Aku yang mendengar berita itu dengan terujanya berkata kepada ibuku; ‘ok la, biarla k.no kawen dulu. Family pakwe dia datang hujung minggu ni, pastu suh la diorang tunang bulan 5 ke …6 ke… pastu bulan 12 diorg kawen.’ Ibuku semacam gembira mendengar sarananku tapi katanya itu semua keputusan kakakku.
Selepas mendengar berita tersebut, aku telefon kembali kakakku yang di Shah Alam itu. Aku biarkan dia menguasai diawal perbualan kerana fikirku dia pasti tak sabar-sabar nak memberitakan hal itu, dan aku harus biarkannya bercerita tanpa tekanan =)
Kemudian, tanpa paksaan akhirnya dia bercerita tentang ‘kawan dan family’ yang ingin datang kerumah itu. Katanya ‘ Hujung minggu ni awak balik tak? Hujung minggu ni Delly ( kawan ofisnya yang bergender perempuan) dengan suami dan anaknya nak datang rumah kat kampung.’
Apabila aku mendengar dia menyebut kawan perempuannya yang ingin datang kerumah, bukan famili ‘abang’nya, aku mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Lantas aku katakan padanya yang aku baru menelefon ibu, dan ibu memberitahuku tentang ‘kawan’nya yang lain nak datang. Aku dan kakakku yang menyedari salah faham telah berlaku mula membuat teori-teori yang mungkin menyebabkan salah faham itu berlaku. Membuat teori sambil ketawa. Salah faham mungkin berlaku ketika kakakku itu menelefon kakakku dikampung yang sedang mamai.
Sejurus setelah habis perbualan dengan kakakku itu, kakakku di kampung pula menefon aku. Lalu aku ceritakan kepadanya tentang salah faham ibuku dan aku telah bertanya hal sebenar kepada kakakku di Shah Alam itu, dan aku meminta dia ceritakan kembali hal yang sebenar kepada ibuku. huhuhuhuhu
p/s: aku sangat excited tadi masa ibu aku bercerita hingga hampir-hampir membuat keputusan untuk apply cuti hari jumaat ni!!



Entries (RSS)