
Malaysia
cuma nak cerita peristiwa yang berlaku minggu lepas.
minggu lepas aku ade training kat putrajaya. dan kemudiannya aku menjadi seorg yg berani dan bermurah hati menumpangkan instructors aku ke putrajaya sentral. murah hati; kerana secara sukarela cakap tahu dimana letaknya putrajaya sentral dan boleh hantar mereka. berani; sebab all the instructors adalah lelaki. mereka bertiga. nak mintak org teman payah. sebab keta aku kecik je, diorg tinggi besar. tak muat 5 orang dalam satu keta.
sebelum aku hantar diorg ke putrajaya sentral, aku singgah gi shell jap. after aku dah isi minyak, gerak ke putrajaya sentral, aku tanya la harga petrol kat negara diorg. untuk makluman; mereka dari Czech Republic. saja je buat2 tanya. sebab aku tak tau nak borak pasal ape. kalo aku diam je kang mana tau diorang publish blog cakap malaysian tak friendly. aku kena la jaga nama baik negara kan. huhu..
dah habis cakap pasal harga petrol, then salah seorang drpd mereka tanya aku, berapa orang rakyat malaysia. fuh….aku langsung tak penah ambik tau hal ni. aku cakap la.. ‘wella dunno.. maybe 2 millions or 3 millions…i dunno’ sambil jungkit2 bahu. lepas tu dia terdiam dan macam dh tak reti nak tanya apa lagi. aku pon diam je la. then bercerita hal putrajaya, cyberjaya dan microsoft sahaja. selamat…
hari ini, aku teringat pasal peristiwa ni dan aku tergerak hati nak google populasi rakyat malaysia. dan inilah maklumat yang aku dapat daripada wikipedia:
……Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia……
oh!!!!!!malunya aku!! bodohnya jawapan aku hari tu! ampunkan saya malaysian. dan aku mula faham kenapa aku tak pernah dipanggil untuk temuduga SPA..
Entries (RSS)
peristiwa kat alamanda xnak citer ker?
kadang-kadang general knowledge tu penting jugop..rakyat negeri tranung brape ramai?? huhuhu
din…huhu..itu nnt saya google lg