apa agaknya perasaan apabila previous boss menghubungi untuk meminta bantuan?
terkejut. sangat terkejut apabila aku mengetahui siapa pemanggil pada waktu itu. mana pernah menyangka dia akan menghubungi. ketika bertugas di tempat lama pun jarang bertegur sapa. ye lah, jika tiada apa yang perlu dibincang..lantas perlu apa aku menyapa. aku memang bukan golongan yang suka bermulut manis dengan bos. politik ofis jauh2 aku hindar. payah jika sudah terlibat.
bantuan yang diperlukan pula bukan yang senang. tapi yang memerlukan agihan waktu yang banyak. yang bakal membuat otak selalu pening2. yang aku rasakan aku tak mampu untuk melakukannya. jika benar dia mahu, boleh. tapi harus tunggu bertahun2. *kejam*
manis mulutnya bila mengujarkan ‘pengetahuan u banyak’. *gelak* macammana dia nak tahu pengetahuan aku sebanyak mana. dulu, bukan dia yang menyelia aku. sebetulnya, terlalu banyak lagi perkara yang belum aku pelajari. yang aku belum tahu. yang perlu diteroka.
untuk kerja sekarang pun, menagih masa yang banyak. di mana lagi masa yang boleh ku cari untuk menolong dia.
bodoh jawapan aku tempoh hari. ’saya perlu pk dulu’. itu je yang mampu aku jawap. sebabnya aku masih lagi ala2 fidah yang naif dulu. tidak pandai menolak terus. lagi2 dengan orang yang tidak pernah berbuat salah pada ku.
hmm..bagaimana ya garapan ayat penolakan yang baik. yang tidak kelihatan kejam..
Entries (RSS)