Tadi, aku rasa sangat tidak bersemangat untuk bekerja. Sementelah cuti hujung minggu yang sepatutnya diisi dengan aktiviti santai yang tidak menyesakkan minda diganti dengan aktiviti bekerja yang akhir-akhir ini aku anggap sebagai satu perkara yang sangat tidak best.

Oleh sebab itu aku pun mula menelefon seorang kakakku yang tinggal di kampung. Tidak diangkat. Kemudian aku menelefon kakakku di Shah Alam. Juga tidak diangkat. Kemudian aku telefon ibuku, alhamdulillah…ada suara yang dikenali memberi salam kepadaku. Lalu aku berborak perkara yang santai-santai dengan ibuku. Setakat bertanya khabar, sudah makan atau belum dan sebagainya. Kemudian ibuku bertanya jika aku pulang ke kampung hujung minggu nanti.

Ibuku pun memberitahu bahawa hujung minggu nanti kawan kakak ( yang tinggal di Shah Alam) aku nak datang. Kawan yang ibuku maksudkan dan aku fahami adalah ‘kawan’ atau ‘abang’ atau teman lelaki kakakku. Aku sangat la terkejut dan teruja. Terkejut kerana kalau hal sebegini pasti kakakku akan mewar-warkannya sendiri kepada ku. Tapi, kini aku adalah antara orang terakhir menegetahuinya!

Teruja pula kerana kakakku itu adalah satu-satunya lagi dalam keluargaku belum bertunang/berkahwin. Maknanya, kebimbangan ibu tentang anak daranya belum dipetik orang adalah sangat memihak kepada kakakku. Lagi-lagi ketika majlis pertunanganku dulu, semua orang sibuk bertanya kepada kakakku dan ahli keluarga kami yang lain bila lagi gilirannya. Pertanyaan-pertanyaan orang yang sepatutnya tidak diambil pusing  kadang-kadang memeningkan dan menyusahkan hati orang tua dan tuan empunya badan juga.

Suara ibu kedengaran sangat gembira ketika bercerita kepadaku tadi. Katanya, hal tersebut diceritakan oleh kakakku yang tinggal di kampung, kerana kakakku yang di Shah Alam itu bercerita kepadanya (kakakku dikampung). Kenapa tidak kakakku yang di Shah Alam itu ceritakan sendiri kepada ibuku; tidak pula aku fahami.

Aku yang mendengar berita itu dengan terujanya berkata kepada ibuku; ‘ok la, biarla k.no kawen dulu. Family pakwe dia datang hujung minggu ni, pastu suh la diorang tunang bulan 5 ke …6 ke… pastu bulan 12 diorg kawen.’ Ibuku semacam gembira mendengar sarananku tapi katanya itu semua keputusan kakakku.

Selepas mendengar berita tersebut, aku telefon kembali kakakku yang di Shah Alam itu. Aku biarkan dia menguasai diawal perbualan kerana fikirku dia pasti tak sabar-sabar nak memberitakan hal itu, dan aku harus biarkannya bercerita tanpa tekanan =)

Kemudian, tanpa paksaan akhirnya dia bercerita tentang ‘kawan dan family’ yang ingin datang kerumah itu. Katanya ‘ Hujung minggu ni awak balik tak? Hujung minggu ni Delly ( kawan ofisnya yang bergender perempuan) dengan suami dan anaknya nak datang rumah kat kampung.’

Apabila aku mendengar dia menyebut kawan perempuannya yang ingin datang kerumah, bukan famili ‘abang’nya, aku mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Lantas aku katakan padanya yang aku baru menelefon ibu, dan ibu memberitahuku tentang ‘kawan’nya yang lain nak datang. Aku dan kakakku yang menyedari salah faham telah berlaku mula membuat teori-teori yang mungkin menyebabkan salah faham itu berlaku. Membuat teori sambil ketawa. Salah faham mungkin berlaku ketika kakakku itu menelefon kakakku dikampung yang sedang mamai.

Sejurus setelah habis perbualan dengan kakakku itu, kakakku di kampung pula menefon aku. Lalu aku ceritakan kepadanya tentang salah faham ibuku dan aku telah bertanya hal sebenar kepada kakakku di Shah Alam itu, dan aku meminta dia ceritakan kembali hal yang sebenar kepada ibuku. huhuhuhuhu

p/s: aku sangat excited tadi masa ibu aku bercerita hingga hampir-hampir membuat keputusan untuk apply cuti hari jumaat ni!!

Comments No Comments »

Malaysia

Malaysia

cuma nak cerita peristiwa yang berlaku minggu lepas.

minggu lepas aku ade training kat putrajaya. dan kemudiannya aku menjadi seorg yg berani dan bermurah hati menumpangkan instructors aku ke putrajaya sentral. murah hati; kerana secara sukarela cakap tahu dimana letaknya putrajaya sentral dan boleh hantar mereka. berani; sebab all the instructors adalah lelaki. mereka bertiga. nak mintak org teman payah. sebab keta aku kecik je, diorg tinggi besar. tak muat  5 orang dalam satu keta.

sebelum aku hantar diorg ke putrajaya sentral, aku singgah gi shell jap. after aku dah isi minyak, gerak ke putrajaya sentral, aku tanya la harga petrol kat negara diorg. untuk makluman; mereka dari Czech Republic. saja je buat2 tanya. sebab aku tak tau nak borak pasal ape. kalo aku diam je kang mana tau diorang publish blog cakap malaysian tak friendly. aku kena la jaga nama baik negara kan. huhu..

dah habis cakap pasal harga petrol, then salah seorang drpd mereka tanya aku, berapa orang rakyat malaysia. fuh….aku langsung tak penah ambik tau hal ni. aku cakap la.. ‘wella dunno.. maybe 2 millions or 3 millions…i dunno’ sambil jungkit2 bahu. lepas tu dia terdiam dan macam dh tak reti nak tanya apa lagi.  aku pon diam je la. then bercerita hal putrajaya, cyberjaya dan microsoft sahaja. selamat…

hari ini, aku teringat pasal peristiwa ni dan aku tergerak hati nak google populasi rakyat malaysia. dan inilah maklumat yang aku dapat daripada wikipedia:

……Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia……

oh!!!!!!malunya aku!! bodohnya jawapan aku hari tu! ampunkan saya malaysian. dan aku mula faham kenapa aku tak pernah dipanggil untuk temuduga SPA..

Comments 3 Comments »

I’m not supposed to love you, I’m not supposed to care,
I’m not supposed to live my life wishing you were there,
I’m not supposed to wonder where you are and what to do,
I’m sorry I can’t help myself, I’m in love with you.

You’re not worth the tears; you’re not worth the heartache.
I don’t know why I give you the time. You’re not worth the pain;
you’re not worth the emptiness. I don’t know why I wish you were mine.

p/s: i forgot where did i took this poem. ko nak amik, amik je la zuha oiiiiii…

Comments No Comments »

hehe..saja wat tajuk cam tajuk yg selalu che det wat kat blog dia.

next month aku akan berusia 25 tahun. hehehe..dewasa… hmm..dan 26 hari sebelum berusia 25 tahun aku telah ke klinik gigi untuk mencabut salah satu gigi susu yg masih wujud dalam mulut aku nih. actually aku tak tau pon gigi yg bermasalah tu gigi susu.  sebab aku ingatkan gigi susu yg ada lagi  dalam mulut aku adalah berjenis geraham sahaja. so..rasa agak ragu-ragu jugak untuk buang walaupun sakit. but when doctor said itu bukan gigi taring yang aku sangkakan and it’s not worth saving it, so aku ckp cabut je la. lagipon masa doctor check gusi aku tu, mcm ade satu benjol kat gusi belah atas (tempat gigi bermasalah tu) and itu maybe gigi kekal yang nak tumbuh. tapi doctor tak confirm betul atau tak itu adalah gigi kekal yg nak tumbuh, and utk pastikan kena la gi xray.

tapi aku malas la nak gi klinik setakat untuk xray mulut. kalo tak tumbuh pon tak pe la. cam comel sket. hahahaha…rongak kat tepi.

seingat aku, the last time aku cabut gigi adalah ketika masih di bangku sekolah rendah. so, masa nak cabut gigi beberapa hari yg lepas aku rasa cam teringat balik waktu-waktu zaman dolu2. rasa kebas kat bibir and gusi. rasa tebal semacam. and rasa kebas tu sebenarnya sampai ke hidung. tapi aku paksa mulut untuk berborak ngan doctor. sebabnya, aku rasa agak nervous gak la. dah bertahun tak cabut gigi. dah la terasa kat mulut ubat bius tu. pahit!!

murah je pon rawatan untuk cabut gigi tu. RM 30 je sebab simple case kata doctor. hehe.. ye la.. cuba kalo cabut gigi geraham. mesti mahal. plus sakitnya mesti lebih jugak.

Dengan mulut yang berkapas dan kebas aku pon drive le sorang- sorang balik rumah. sebab kebetulannya aku pegi klinik after abis keja. makcik kat umah risau je tgk aku blk mcm tu. tp tak pe…aku kan konon2nya independent. hehehe…

*****

tadi aku pegi kat client site. reason sebenar pegi sana adalah untuk amik telekung yang aku tinggal kat surau. sakitnya rasa hatiku apabila mendapati beg yang aku isi telekung tu hilang/dikebas/dicuri/diambil(sopan sket) orang. tetapi telekung+sejadah dia tak amik. beg je dia amik.

aku cari la kat sumer laci kat dalam surau tu. tak nmpk bayang beg aku langsung. pelik betul, setakat beg pon boleh nak curi-curi. bukan beg mahal pon. setakat beg yang berlambak dijual kat pasar-pasar tu. yang pesen macam tikar mengkuang tu. itu pon orang ade hati nak curi. isk…

Comments 4 Comments »

apa agaknya perasaan apabila previous boss menghubungi untuk meminta bantuan?

terkejut. sangat terkejut apabila aku mengetahui siapa pemanggil pada waktu itu. mana pernah menyangka dia akan menghubungi. ketika bertugas di tempat lama pun jarang bertegur sapa. ye lah, jika tiada apa yang perlu dibincang..lantas perlu apa aku menyapa. aku memang bukan golongan yang suka bermulut manis dengan bos. politik ofis jauh2 aku hindar. payah jika sudah terlibat.

bantuan yang diperlukan pula bukan yang senang. tapi yang memerlukan agihan waktu yang banyak. yang bakal membuat otak selalu pening2. yang aku rasakan aku tak mampu untuk melakukannya. jika benar dia mahu, boleh. tapi harus tunggu bertahun2. *kejam*

manis mulutnya bila mengujarkan ‘pengetahuan u banyak’. *gelak* macammana dia nak tahu pengetahuan aku sebanyak mana. dulu, bukan dia yang menyelia aku. sebetulnya, terlalu banyak lagi perkara yang belum aku pelajari. yang aku belum tahu. yang perlu diteroka.

untuk kerja sekarang pun, menagih masa yang banyak. di mana lagi masa yang boleh ku cari untuk menolong dia. 

bodoh jawapan aku tempoh hari. ’saya perlu pk dulu’. itu je yang mampu aku jawap. sebabnya aku masih lagi ala2 fidah yang naif dulu. tidak pandai menolak terus. lagi2 dengan orang yang tidak pernah berbuat salah pada ku.

hmm..bagaimana ya garapan ayat penolakan yang baik. yang tidak kelihatan kejam..

Comments No Comments »

Bully_psycho_boss hari ni aku telah terkantoi kerana sedang melayari website ketika waktu bekerja. hampesss…

yg menyampahnya org yg menegurku itu adalah bukan bos ku. dia adalah org yg tak berkenaan lgsg dgn hidup dan matiku.

situasi:

aku tgh layan blog seseorg.

dia dr rak server tetiba dtg ke tempat aku yg plg ujung ni.

aku perasan, tp aku wat tak tau. malas ar pura2 suci takde wat salah.

dia pandang je monitor aku.

aku wat bodo lg.

dia memandang ku seraya berkata ‘what r u doing?’

aku memandangnya sambil tersenyum dan berkata ‘baca blog’

aku pun terus minimize window blog tu n dia terus blah bila perasan sbnrnya aku sudah pun memulakan keja.

ceit!!

mmg la tak patut aku surfing time keja, tp time abis keja pon aku keja lagi wut… don’t be so rigid hokey??!!!!

Comments 1 Comment »

semalam aku mengucapkan ‘happy deepavali’ kat sorg auntie berbangsa india and sorg kawan aku terdengar. lepas tu dia cakap la kat aku; ‘bukan ke tak bleh ke wish utk perayaan diorg?’

aku pon terkonpius, sama ade bleh atau tak sbb selama ni aku selamba je wish kat kwn2 bukan muslim aku utk perayaan diorg. so hr ni aku google la kot jumpa ape2 yg bleh membantu.

ini adalah antara yg aku jumpa:

http://mufti.perak.gov.my/fatwa/keputusan_perayaan.pdf

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040521-1.htm

http://rockybru.blogspot.com/2006/10/happy-deepavali_116136420468172202.html

http://pmiutm.org/ver1/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=198

so, after this aku kena berhati2 la nak wish2 depa ni…..

kalo nak wish, wish je la happy holiday =D

Comments 2 Comments »

kl sentral yg lengang…

jalan raya yang lapang…

taxi yg kurang…

staff opis yg masih ramai lg bercuti…

dan aku yg menonton kartun kat youtube…

bosan babe.. *sigh*

Comments 3 Comments »

hmm..blog kali ini adalah tentang perkara yang sangat mengujakan aku.. =D

aku tak pernah berangan akan berjiran dengan seorang sasterawan hebat negara.  masa mula2 pindah ke Bangsar dulu mmg aku sll terserempak ngan dia, tp was-was takut pelanduk dua serupa. so, tya la kat housemate, rupa2nya dia mmg betul2 sasterawan yang dikagumi ramai. ape yg lebih mengujakan ialah dia bukan sahaja tinggal satu blok ngan aku tetapi juga satu aras!!

bermula dari itu, sll sgt la nmpk dia either kat bwh rumah, lif or kat tepi jalan(maybe tgh tggu org utk ke mana2 function). dia sll ditemani oleh seorg wanita, aku rasa wife dia la tu kot. pernah jugak nmpk mcm ade org interview dia kat bwh rumah tu, tp aku wat poyo2 ignore je =D

sbnrnya, dr ruang hatiku yg terdalam nak jugak tegur dia. tya psl karya terbaru ke…mintak otograf ke.. tp bila mata bertentang mata lidah kelu untuk bersuara (hahahaha)

dan, pd mlm itu (hari ahad 19 ogos 07) adalah hari yg bersejarah dlm hidup aku dan abi. mlm tu kitorg br sdh dinner kat kedai bwh.  then msg2 nak blk umah la. on the way ke lif tu kitorg nmpk la dia ngan wife dia tu..juga berjalan ke arah lif. tp dia kat blkg kitorg la. 

bila pintu lif bukak, abi pon tya la aku ‘ nak tggu (dia) ke?’ . aku ckp, ‘tggu la’..ade lah tggu dlm 59 saat kot..lamanya dia jln tak smpai2 kat lif lagi. so, kami pon maleh ar nak tggu lama sgt. abi pon tekan button close. eh..eh..pandai plak pintu lif tu stuck. ms abi tgh tekan2 lagi button close tu…tiba2 baru la diorg smpai.. bila diorg masuk, then pintu lif tu ok jek tertutup. (aku rasa pintu lif tu saje je nk stuck…)

abi pon tya la kat diorg dok kat tgkat brp sbb nak tlg tekankan button. ‘ tingkat brp ek, 8 kan?’,tya abi. ‘9′, sasterawan itu berkata. lepas tu aku pon start la ngade2, ‘abi, ko tak tya pon aku nak trn tgkt brp’, kata aku. sbnrnya saje nak bgtau sasterawan tu yg kami ni dok satu aras. hehehehe… wife dia senyum je… ala…ayunyer… abi lak tiba2 cam konpius tak ingat aku dok kat tingkat brp.

tiba2…dengan sungguh tak ku sangka…sasterawan itu berkata… ‘ sama kan kat tingkat 9. cuma selepas itu laluan kita berbeza. saya ke sebelah sini ( sambil tgn kanan menunjuk kearah kanan) dan awak ke sebelah sini ( sambil tgn kirinya menunjuk kearah kiri)’.

rupa2nya sasterawan itu menyedari kewujudan ku selama ini!! masa tu rasa teruja yg teramat sangat!! dalam hati berbunga2.

so, dlm lif tu kitorg (aku n abi) gurau2 la ( sbb nk cover keterujaanku). smpai tgkat 5, abi pon kuar. ms abi kuar tu aku ckp ape ntah kat abi (aku tak ingat sbb aku rasa gugup), wife dia leh tergelak2 dgr aku ckp. aku wat lawak kot time tu.

ketika meneruskan perjalanan kami ke tingkat 9, sasterawan tu pon bertanya, ‘berapa harga sewa rumah kat sini skrg ni?’. aku pon ckp la,’kalo yg rumah sy tu dalam RMXXXX’. dia pon terangguk2. wife dia sekadar mendengar dan tersenyum sahaje. dan…kami pon sampai di tingkat 9. aku pon senyum dan mintak diri..dan dia juga berlalu ke rumahnye..

dia yang aku maksudkan ialah sasterawan nagara, Datuk A.Samad Said. karya2nya adalah seperti novel Salina, Langit Petang.. puisi  Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah dalam Puisi (giler panjang puisi dia yang ni, pening2 aku nak baca).

drpd pandangan mataku, dia adalah seorg yg sgt simple, calm dan humble. cara dia berjalan cam relax je.. tp mempunyai pandangan mata yg tajam dan minda yg kritis. hmm.. tajuk blog aku ni pon drpd kata2 dia ms aku dgr talkshow ape ntah kat tv9 ritu..yg ckp psl cinta tu..

Comments 6 Comments »

y do some ppl can’t read their email quietly

y do some ppl can’t read newspaper quietly

y do some ppl can’t stop being very observe about other ppl if others didn’t care how he/she is look like (myob ok!!)

y some ppl can’t talk quietly if they know they r surrounded by others  whom might feel annoying with the noise

Comments 2 Comments »